Sunday, December 16, 2012

Personal : Skil Komunikasi yang Dituntut!

Selalunya bila kita pergi makan kat mana-mana, bila makanan yang dipesan sampai tapi bukan yang kita nak dan kita beritahu pelayan kedai tu, secara terus dorang akan tukarkan untuk kita.

Tapi ada lah satu kopitiam kat E-Curve ni, salah seorang pekerja tu memang kena hantar pergi kelas belajar cara berkomunikasi dengan pelanggan. Konon otak cukup hebat, orang pesan tak mau tulis... pakai ingat kat otak. Bila pesanan sampai dan kita kata salah, dia bising-bising kat dapur tu sampai kat luar boleh dengar. Lepas tu, tak puas hati datang jumpa kita dengan berlagaknya tanya.... "apa masalah?" Bila kita beritahu kita memang pesan yang lain, dia tetap tak puas hati. Masuk dalam bising-bising.

Masalahnya, kalau iya pun dia rasa dia betul dan tak salah, tak perlulah nak pergi tanya pelanggan macam tu dan  bising-bising dari dalam dapur dengan suara kuat sampai orang luar dengar. Bukannya kami ni mengamuk marah-marah, maki hamun! Datang bulan ke hape? Ataupun dia berani sebab kami ni muda2, nampak biasa2? Bolehlah dia tunjuk skil komunikasi yang hebat dia tu!? Nasib baiklah manager dia tak ada waktu tu, kalau tak dapatlah dia tengok kemahiran komunikasi kami bertiga yang lebih hebat ni! Hahaha.

'Pelanggan sentiasa betul' memanglah bukan sesuatu yang sentiasa betul tetapi pekerja yang berurusan dengan pelanggan kenalah ada kemahiran berkomunikasi yang baik. Kalau pelanggan cakap elok2, kaupun kenalah cakap elok-elok. Bukan buat muka, bising-bising dengan suara kuat, siap jumpa pelanggan tanya dengan soalan macam apa lagi!
P/s: Mungkin... mungkin kalau tak dengar suara dia bising-bising tu, boleh je kot makan apa yang dia memang dah sediakan.

No comments:

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁