Skip to main content

Dilema Mengundang...

Hari ini dah masuk tiga tahun tujuh bulan aku bekerja di tempat yang sama. 
Dan... Dua tiga menjak ni aku mula rasa mahu cari kerja lain.
Dalam banyak-banyak sebab aku nak cari kerja lain adalah kerana kebajikan yang tidak seberapa. MC tak boleh claim. Cuti tahun dari mula aku jadi pekerja tetap tiga tahun lepas sampai sekarang masih lagi sepuluh hari. Sedangkan orang lain setiap tahun bertambah bilangan cuti tahunnya. Aku? Sehari pun tak bertambah. Kemudian, sebab aku dah bosan kot dalam tiga tahun tujuh bulan ni buat kerja yang sama. Tempat aku kerja bukan ofis besar. Hanya ada 2 orang bos, 2 orang staf. Bos aku ni ejen PMB. Dia cuma jadi ejen unit amanah sahaja... yang insurans dia buat sipi-sipi je. Jadi bayangkanlah berapa banyak kerja yang aku boleh buat?

Kemudian, alasan yang semakin membuatkan aku semakin mahu mencari kerja lain adalah rakan sekerja. Aku bukan mahu mengaibkan. Tapi pada usia dah masuk tiga puluh tahun, dah bekerja dekat dua tahun dekat sini masih lagi nak tanya aku semua benda. Jawapan depan mata, tetap nak tanya. Kerja yang selalu dia buat pun nak tanya aku. Bos aku bagi arahan kat dia, aku pulak kena pasang telinga! Sebab nanti dia tak faham, aku juga menjadi mangsa dia tanya. Lepas tu, orang rehat sejam dia selalu sejam setengah... Bila bos aku bagi tahu je depa nak bercuti ke luar negara... tengoklah dalam masa bos pergi bercuti tu, banyaklah dia punya urusan... banyaklah sebab dia datang lambat, nakbalik awal, urusan personal yang tetiba berlambak... aku bukan tak nak percaya tapi dah banyak kali dia kantoi. Lepas tu, bagitahu nak pergi alih kereta... sejam baru naik ofis... Aku bukan nak berkira tapi aku yang lebih lama bekerja dengan dia ni pun nak buat hal tak pandai, aku selalu takut. Bila terfikir nak buat jahat waktu bos tak ada, akhirnya tak jadi! Tapi dia selamba badak je dan bos aku pernah warning dia pasal kerja dia yang tak betul, bos suruh dia berhenti kerja. Dia boleh pulak jawab yang bos tak boleh buat dia macam tu... sebab dia ada anak.,. ada kereta nak kena bayar dan bla bla... bos aku ni pun baik hati.. kesian punya pasal! sampaikan bos aku berdua tu boleh bergaduh sesama depa sebab hal dia! Dan tak pernah lah bos aku mengadu kat aku pasal dia tetiba mengadu dan bercerita. Aku cuma mampu senyum walaupun dalam otak ni banyak benda nak cakap.

Dan Dilema mengundang aku sekarang adalah bos bagi 'rasuah' jam tangan dari Amsterdam. Macam dia tahu2 je aku ni nak cari kerja lain, tup-tup dia bagi hadiah jam. Yang aku suka dan rasa aku sedikit jahat bila aku seorang je yang dapat jam tu... hahahaha




Dan dapat biskut dan coklat juga! Aku mula-mula ragu nak makan tapi sorang ejen Melayu tu kata boleh makan sebab tak ada bahan-bahan terlarang. 

Dan tak sabar nak tunggu meeting 10 Jun nanti... sebab waktu tu semua ejen yang dapat pergi trip akan bagi key chain! Walaupun bukan semualah yang bagi... ^_^



key chain pertama dari Amsterdam! Terima kasih Cikgu Ghani! ^_^

Tunggu key chain dari Taipei dan mana entah satu lagi tempat tu!

Comments

Popular posts from this blog

SODA BIKARBONAT + SABUN CUCI PINGGAN LAWAN PERIUK BELANGA

gambo dari blog ni <<,>>> Untuk hilangkan kesan hangit, melekat dan sewaktu dengannya anda hanya perlukan :_ dan tak kisahlah jenama apa... cecair ke tak, pun boleh guna Cara-caranya. 1. Masukkan sesudu besar soda bikarbonat, sabun pencuci pinggan dan air ke dalam periuk. 2. Lepas tu letak periuk belanga tu atas api bagi mendidih dan lepas tu tutup. Buang air panas tu & cepat-cepatlah tonyok dengan span basuh pinggan ataupun senduk nasi yang plastik tu. 3. Hasilnya... periuk anda yang ada kesan kerak nasi, sambal hangus yang degil nak hilang tu sekarang ni kembali lawa...  Aku dah cuba sebab hari tu buat sup guna rice cooker lepas tu letak telur. Lupa pulak kuah supnya sikit, jadinya telur terus mendap ke bawah melekat kat periuk nasi tu. Rendam dua tiga hari tak hilang, rendam dengan air panas pun sama degil. Akhirnya ternampak cara-cara camne nak buat kat facebook. Balik kerja terus buat dan memang berhasil betul aku ikut cara tu! Sel

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni. Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!! Nasi Kanji versi terlebih pekat. Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^ Bahan-bahan :- Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.