Saturday, June 8, 2013

Kuasa Telepati?

Tengah isi borang apa entah, dengar suara orang tegur.
"Tulis la lawa-lawa sikit."
Pandang kiri kanan, ada dua tiga orang budak yang rasanya cakap pun tak berapa betul lagi.
Tulis lagi. Dengar lagi suara tu. Dekat ngan telinga. Dan budak dua tiga orang tu memasing sibuk tengok borang yang di isi.
"Dah cukup lawa lah ni."
Akhirnya dia menjawab. Budak-budak itu kerut dahi. Datang seorang lelaki.
"Akak ni hebat... dia boleh tau apa yang kita fikir."
Lelaki itu senyum lebar.
"Jadi awak tahulah saya nak cakap saya sukakan awak?"
Aku blur. Geleng kepala. Aku tak boleh baca fikiran orang yang sukakan aku?

Telefon berdering-dering. Aku buka mata. Ah, mimpi rupanya!

♥♥♥
KUASA TELEPATI TU WUJUD KER?

No comments:

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁