Friday, July 19, 2013

Resepi : Spaghetti Udang Geragau



Puasa tahun ni malas layan diri dengan makanan bazar. Lagipun, bazar berhampiran rumah ni hanya ada tak sampai 10buah pun gerai. Jadinya dengan masa tak berapa nak ada masaklah apa yang paling senang dan cepat. Singgah kedai runcit, beli tomato 2 biji dan ternampak udang geragau yang tak pernahpun masak. Kononnya nak buat makanan fusion. Kuang2x.

Jadi terciptalah menu spegeti meatball udang geragau. Nasib baik menjadi!

Bahan:-

■Spaghetti
■Sos spaghetti cap Kimball- senang dan kena dengan selera. Sedap! (Guna yang ada cendawan)
■Udang Geragau
■Bawang besar- guna bawang kuning yang dipotong dadu
■Cheese
■Meatball cap Tesco. -aku suka meatball tesco ni sebab daging banyak. Tak macam sesetengah tu tepung jer lebih.
■Margarine cap Daisy-untuk memasak
■Tomato

Cara-cara:-

1- Rebus (?) Spaghetti sehingga lembut. Masukkan sedikit minyak ketika merebus spaghetti supaya tidak melekat-lekat. Panaskan kuali bersama margarine dan masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.
2-Bila bawang agak layu, masukkan udang geragau dan goreng sampai garing.
3-Bila bawang dn udang geragau dah garing, masukkan sos spaghetti dan air. Kemudian masukkan meatball yang dipotong
4. Masak sehingga sos menjadi pekat.
5.Apabila sos sudah pekat dan masak, tuangkan sos ke atas spaghetti dan kemudian taburkan cheese dan tomato.
6. Sedia untuk di makan! ^_^

No comments:

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁