Saturday, August 17, 2013

Filem Korea : Going By the Book.



Cerita ini berkisar berkenaan seorang polis trafik yang bernama Do Man, yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu mengikut buku yang mana selalu mendatangkan masalah kepadanya. Tetapi masalah paling besar kawasan itu adalah jumlah rompakan yang begitu menakutkan dan para penduduk meminta ketua polis baru yang telah dilantik untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu.

Dan untuk menenangkan penduduk kawasan tersebut ditambah pula dengan cita-cita besar dirinya, ketua polis tersebut telah membuat satu rancangan/latihan untuk memerangi perompak tersebut. Setiap anggota polis telah diarahkan melakukan cabutan yang menentukan watak-watak mereka di dalam latihan tersebut.

Do Man, mulanya mendapat kertas yang tercatat sebagai polis rondaan telah diminta oleh ketua polis tersebut untuk memegang watak sebagai perompak tanpa pengetahuan sesiapa. Menganggap ianya sebagai satu tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya, Do Man mula mempelajari pemikiran seorang perompak.

Dan hari latihan telah tiba, mereka yang terlibat telah mendapat sms untuk mempersiapkan diri dengan watak masing-masing. Dan bermulalah episod Do Man sebagai perompak yang mememingkan ketua polis dan kesemua yang terlibat.





~~~ gelak dari awal sampai habis cerita! memang best! Jung Jae Young memang hebat!! ^_^





sumber gambar : google.com

No comments:

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁