Skip to main content

Personal : Diet oh Diet!



Ada dua soalan cepumas daripada saudara mara bila bertemu -1) Mana orang tu?-merujuk  kepada seseorang yang istimewa yang akhirnya jawapan aku adalah 'orang tu takdak, hantu ada!' 2)Awat hang makin bulat? tettt.... 

Dolu-dolu masa zaman tak habis SPM, berat paling tinggi 50. Yalah dulu-dulu tu mana nak jumpa KFC, Pizza dan segala mak nenek fast food & frozen food. Paling tak sihat sekalipun makan jajan 20sen. Nak makan mi segera pun jarang-jarang. Dulu-dulu metabolisme badan tinggi, kau hadap makanan berat 5,6 kali seharipun tak berapa nak naik berat badan. Dulu-dulu nafsu makan tak segila ni! Makan malam pun cuma nasi dan lauk-pauk makan tengah hari. 

Sekarang ni, makanan segera dan frozen itulah yang di hadap. Jajan 20sen tak pandang, sekali beli yang seringgit lima puluh sen. Mi segera pulak mesti wajib dalam stok. Makan malam kalau tak nasi, macam-macam yang nak sumbat dalam mulut. Jajan, biskut, mi segera, kopi segera, nugget, sosej... selagi tak tidur mulut asyik nak mengunyah kerjanya. Lupa yang metabolisme badan dah tak macam sepuluh tahun lepas... 

Jadinya bila rasa muka makin kembang, seluar makin ketat, baju semua tak muat dan semua orang dok menegur datanglah semangat nak diet. Konon-konon, malam sekadar makan yang ringkas-ringkas. rebus sayur, buat salad. Bila beli barang, perhati dulu kat bahagian maklumat pemakanan. Konon, mahu kurangkan gula. Sekali rasa macam semua benda tak boleh makan sebab kandungan gula tinggi. Kekadang tengah hari rasa malas nak makan nasi tapi bila dah selalu kena ajak lunch nak kata tak tu memanglah susah. Sudahlah lauk pauk kat sini semuanya lemak dan minyak! 

Paling mencabar bila kita nak diet, kita tengok semua benda macam sedap dan teringin nak makan. Bau mi segera member makan pun kita rasa kecur air liur. Bau kepak ayam dan tongkeng ayam bakar pun buat kita rasa mau makan sepuluh cucuk! Tengok jajan Super Ring, Rota macam memangil-manggil jer kita suruh beli! Lalu wujudlah cheat day... yang mana kita makan melebihi apa yang sepatutnya, yang akhirnya telah menipu seluruh diet kita untuk seminggu! 

Jadi bagaimana nak mendidik diri supaya istiqamah dengan segala apa yang kita rancang? 

Comments

Popular posts from this blog

SODA BIKARBONAT + SABUN CUCI PINGGAN LAWAN PERIUK BELANGA

gambo dari blog ni <<,>>> Untuk hilangkan kesan hangit, melekat dan sewaktu dengannya anda hanya perlukan :_ dan tak kisahlah jenama apa... cecair ke tak, pun boleh guna Cara-caranya. 1. Masukkan sesudu besar soda bikarbonat, sabun pencuci pinggan dan air ke dalam periuk. 2. Lepas tu letak periuk belanga tu atas api bagi mendidih dan lepas tu tutup. Buang air panas tu & cepat-cepatlah tonyok dengan span basuh pinggan ataupun senduk nasi yang plastik tu. 3. Hasilnya... periuk anda yang ada kesan kerak nasi, sambal hangus yang degil nak hilang tu sekarang ni kembali lawa...  Aku dah cuba sebab hari tu buat sup guna rice cooker lepas tu letak telur. Lupa pulak kuah supnya sikit, jadinya telur terus mendap ke bawah melekat kat periuk nasi tu. Rendam dua tiga hari tak hilang, rendam dengan air panas pun sama degil. Akhirnya ternampak cara-cara camne nak buat kat facebook. Balik kerja terus buat dan memang berhasil betul aku ikut cara tu! Sel

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni. Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!! Nasi Kanji versi terlebih pekat. Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^ Bahan-bahan :- Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.