Skip to main content

POSTO! POSTO! UNTUK ANDA PEMBACA :)

Salam semua

Harap maaf andai sampai saat ini MN masih tidak dapat update Rahsia Rindu seperti dijanjikan. Bila ditinggalkan terlalu lama idea sedikit terbatas. Mau suntik diri dengan Umaira dan Mukhris kembali ke dalam diri juga payah. Otak sudah sedikit tumpul mahu membina keperibadian Mukhris dan Umaira mengikut acuan 42 bab sebelum ini.

InsyaALLAH, tetapi MN tidak berjanji akan ada Rahsia Rindu dalam masa terdekat ini. Buat waktu ini, MN tertumpu kepada projek Aksara. Akan ada 1 cabaran bagi kesemua penulis Aksara sepanjang Oktober nanti. Kami di minta menghasilkan cerpen yang lain daripada kebiasaan. MN contohnya diminta menghasilkan cerita kanak-kanak berasaskan dongeng rakyat. Sungguh tertekan. Haih.. satu apa belum mula.

Jadi, sekali lagi MN mahu memohon maaf kepada semua pembaca Rahsia Rindu yang menungggu bab seterusnya.
Untuk Rahsia Rindu, MN jangkakan masih ada 2,3 bab lagi sebelum tamat  tetapi itulah, otak MN ni susah untuk beroperasi menjana ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan.

Akhir sekali (dah macam surat dah ni!! :D) terima kasih MN ucapkan kepada semua pembaca yang sentiasa sudi membaca karya-karya MN sama ada anda baca sebagai silent reader  atau meninggalkan jejak di komen, shoutmix malah laman FB MN. Terima kasih sekali lagi.

Salam,
Miss Nera a.k.a Nera Fatimah  .

p.s: Kurangkan bahasa SMS di laman maya sama ada FB, Frienster, Myspace, Blog dan lain-lain! Jangan sampai ada orang tak faham / tersalah faham.  Singkatan berpada-pada! termasuk juga menambah ‘ew’ dibelakang perkataan (ingatan untuk diri sendiri dan anda juga!)





Comments

Anonymous said…
salam...
sy akn trus mnunggu smbungan cite rahsia rindu...
truskan usaha anda...
good luck...
adzmarfazami said…
salam kembali...

terima kasih ya kerana sudi menunggu.

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat