Skip to main content

Majalah Kompak : Infiniti

Assalamualaikum...

Sejak dua tiga bulan kebelakangan ni saya menjadi pembaca setia majalah kompak yang bernama Infiniti. Majalah ni harganya murah je, satu naskah cuma RM 3.80 shj. Tapi maklumatnya lebih baik untuk perkembangan minda kita. Hehehe.~ Cuma tak berkenan dengan teka-teki je.

Terdapat cerita-cerita menarik dari seluruh dunia, berkenaan sains dan alQuran, fakta-fakta yang mungkin membuatkan kita berkerut dahi dan macam-macam lagilah. Saya memang meminati majalah2 begini berbanding Mastika. ~ Setiap orang lain pandangannya. :D

Untuk isu terbaru, iaitu isu yang ke 41 majalah ini  menampilkan cerita seperti tembikai terkecil, misteri air liur manusia, sudut sain dan alQuran:Api dari Laut, pencari mayat sungai kuning, ikan kepala lutsinar,tragedi 1997 yg melibatkan Pengerusi kumpulan DRB HICOM ketika itu dan macam-macam lagilah.

Jadi, kepada yg berminat membaca majalah sebegini bolehlah dapatkan kat kedai2 buku. Majalah ni cepat habis, jadi saya selalu jenguk-jenguk 7e bila dah 19hb ke atas. Hehe



Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat