Skip to main content

Bebelan Si Siti Fatimah

》Perempuan suap makanan kat perempuan lain adalah normal/tak pelik kecualilah salah seorang perempuan tu berperwatakan lelaki. Tapi kalau lelaki suap lelaki amatlah pelik walaupun salah seorangnya tidak berperwatakan perempuan. Cara mengenali gay daripada rakan serumah buat aku jadi bengong sekejap! Hahaha

》Untuk membuat kesimpulan, perlu ada bukti kukuh. Walaupun kita percaya akan orang yang bercerita itu. Tapi bila dibangkitkan, kita mula terpikir sesuatu yang membenarkan kata-kata orang tu! Jadi, kena dapatkan bukti untuk menghilangkan segala sangsi!

》 Boros? Orang kata makin banyak gaji kita makin 'demand' kehendak sehinggakan mengatasi keperluan. Gaji 5000 pun belum mampu cukup?!

》 Sekali, dua kali, tiga kali kantoi masih tak sedar-sedar diri. Patut ke rasa kasihan?

♥ Mood membaca 'I Love You Cikgu' tulisan Imanisa Riana. Novel yang beli sebelumnya pun belum baca...

♥Baru taip 1 muka surat, tuan punya blog ni jatuh demam... jadi, cerpen Si Nelly & Si Rizal lambatlah sudahnya!
    

Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat