Skip to main content

Impian Jadi Nyata!



Duduk area Lembah Klang ni sudah enam tahun, ini kali pertama dapat jejakkan kaki ke Tugu Negara.  Dalam panas terik tu kami gagahkan diri 'melawat' tempat ni. Sempat beli keychain lagi!Sebenarnya dah lama nak pergi sini tapi tak ada orang nak teman. Semua tak suka pergi ke tempat-tempat macam ni. Nasib baiklah adik aku dengan suami dia nak ke sini. Lepas selesaikan hal motor, kami bertiga cari makan dan beli tudung dan terus ambil teksi dari Jalan TAR ke sini. Sebenarnya jalan kaki pun boleh, tapi tak sanggup sebab panas terik. Cuma masa balik tu jalan kaki sebab teksi semua ada orang. Tengok mat saleh jalan kaki je dalam panas terik sampai merah-merah muka, kamipun 'malu' pulak nak tunggu teksi. ^_^

Ingat nak menjelajah Taman Botani yang terletak berhadapan dengan Tugu Negara tapi sebab panas terik, badan dah memang tak mampu nak teruskan. Tak jadi keliling Taman Botani, kami terus ke perancangan seterusnya nak ke Muzium Negara tapi tak jadi pergi sebab cuaca dan juga tidak mahu keluarkan duit untuk bayar duit masuk Muzium. :D

Nanti nak lah ke Taman Botani, menjelajah setiap pelosok tempat yang nampak macam menarik ... Kemudian nak juga ke Muzium Kesenian Islam yang terletak berdekatan Taman Botani tu dan juga Muzium Negara. Dah 16 tahun rasanya tak jejak Muzium Negara tu! Nak pergi Muzium PDRM, Muzium Matawang.... :D


Comments

CI_ said…
Pernah sampai Muzium Negara.
Weeehuuuu sebenarnya lagi suka
bangunan yang tinggi macam Menara Petronas tu. Wohoooo!

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat