Skip to main content

Angan-Angan Buah Berangan...

Aku suka masak memasak. Tak kira apa sahaja. Yang senang tentu sekali. Jadi atau tak jadi, lain kira. Hari ini tak jadi, esok buat sekali lagi. Haha.

Angan-angan buah berangan, konon-konon... mahu buka cafe. Menu utama bubur! Memang sungguh ikut selera tekak sendiri. Aku suka bubur. Bubur nasi terutamanya. Bukan moi yang baby  makan tu lah. Mak aku pakar membuat bubur nasi ataupun kami panggil nasi kanji. Ataupun orang lain panggil bubur lambuk. Semasa bulan puasa kalau boleh hari-hari mahu makan nasi kanji. Ringkas tetapi menyelerakan. Bahan-bahannya sekadar beras, santan kelapa, udang kering, garam dan juga bawang goreng. Aku boleh ulang 3,4 kali makan.

Duduk menyewa kalau lapar tapi malas nak mencari bahan-bahan ataupun malas nak memasak berjenis-jenis lauk, memang bubur lah menjadi santapan utama. Senang. Tanak nasi sampai jadi bubur, racik-racik bawang besar dan goreng sampai garing. Bila nasi sudah kembang dan menjadi bubur masukkan bawang goreng ke dalam periuk. Kalau rajin, goreng ikan dan masukkan ikan yang telah dibuang tulang  ke dalam periuk  berisi bubur. Siap! Seronoknya di rumah sewa aku tu memang ada 'hantu' bubur. Hehe

Lepas tu, menu lain yang aku berangan nak ada kat cafe aku tu adalah makanan-makanan pencuci mulut orang Melayu. Contohnya bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, serawa/pengat pisang/durian dan macam-macam lagi lah. Memang menunya adalah bubur! Dan minuman utama adalah kopi pelbagai perisa dan jenis! Hehe

Angan-angan buah berangan ni bila la nak jadi kenyataan kan? ^_^


kredit : wallcoo.net



Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat