Skip to main content

BILA MAHU KAHWIN?

Soalan lazim untuk gadis-gadis hampir masuk angka 30 adalah bila mau kahwin?
Jawapan lazim aku yang termasuk dalam golongan tu, tunggulah anak kau 5! Haha
Aku tak kisah bila orang bertanya... dah itu memang perkara lumrah. Tapi aku naik menyampah bila orang kata
aku ini memilih. Cerewet!
Dah tu, kalau aku mengadap muka-muka ejen cha ya nun alip yang stok bapak orang... tang celah mana aku nak cerewet entah!
Lepastu aku ni pemalu... hahaha, lelaki Melayu tak berikat bukan tak ada tapi yang selalu tegur aku paling takpun suka bagi senyum manis sambil angguk kepala tu semuanya lelaki Melayu terang lagi bersuluh hak milik wanita lain! Yalah, yang solo molo tu semuanya 'taste' tinggi. Aku ni apa la ada kannn? Huhu... tak sedih pun!^_^
Agak-agakla kan patut ke aku buat iklan mencari calon suami? kihkihkih... Tapi aku tak terdesak sikit pun! Jodoh tu rahsia ALLAH, tunggu aje!


Tapi apa yang aku rasa memang tak berjodoh adalah aku dengan benda alah ni...

Aku cuba pakai ni macam gorila berjalan dah! Sales girl tu pun gelakkan aku!

Comments

Anonymous said…
yup.

jodoh rhsia tuhan.

yang belum tercari-cari.

yg jumpa trkapai-kapai utk kekalkan...


:)
CI_ said…
Syukur I baru 23 tahun...
=)

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat