Skip to main content

Pantang: Mampukah?


Aku mengalami resdung yang aku rasa makin teruk. Makanya, dengan nasihat daripada mak aku telah membuat keputusan untuk tidak memakan apa sahaja benda-benda yang boleh mendatangkan alergi. Dan merajinkan diri memakan ubat sampai aku set alarm telefon sebagai peringatan untuk makan ubat. Kalau tak, asyik terlupa je! Teruk gila darjah keterlupaan aku ni!



Tanda-tanda mengidap resdung yang tertera di label tu boleh dikatakan semuanya aku ada. Er, semua rasanya ada! Jadinya, aku mula terfikir untuk meminimakan seboleh mungkin segala gejala itu. Termasuk hari ini sudah 3 hari setengah lah aku berjaya pantang makan segala makanan yang tak boleh makan. Tapi hari isnin tu dah pekena roti bom dan semalam makan perut masak lemak. Ingatkan perut tu tak apa. Tapi bila tanya mak, mak kata kalau dah dagingnya tak boleh makan... segala isinya pun tak boleh makan. Tak apa, tak apa. Sikit je.

Tapi sejak aku makan ubat ni, dengan izin Allah... rasanya aku taklah lagi selsema dan bersin pepagi.  (Macam cepat sangat pulak dia punya kesan!) Okey lah rasanya ubat ni. Boleh teruskan makan ni! Harga pun tak mahal. 


Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat