Kalau tidak kerana hal itu, mungkin aku akan lupa lelaki itu.
Hal yang telah menjerut diri aku sekian lama, entah bila berkesudahan.
Aku benci lelaki itu kerana atas nama persahabatan, dia khianati aku.
Dia tidak pernah akan bahagia hatinya, jiwanya mati.
Itu sumpah aku selagi jerutan ini menjerut kemas diri aku.
Binalah bahagia, tetapi aku pasti bahagianya kosong.
Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.
Comments