Kali pertama bercuti luar dari Malaysia. Tidak terlalu teruja dan seronok. Sebab mungkin ini bukan percutian idaman. Aku sekadar mengikut teman-teman serumah. Penerbangan yang sudah ditempah seawal mei (?) 2013 terlaksana juga setelah pelbagai masalah. Pesawat yang dijangka tiba pada pukul 10.20 malam lewat lebih setengah jam. Jadinya kami tiba di Jakarta lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia. Terus minta Pak Surya mencari tempat makan. Tiada kedai di buka sehingga pagi ataupun 24 jam melainkan KFC dan makanan segera lainnya. Selesai makan terus ke hotel penginapan. Pukul 5 pagi terjaga dari tidur, terkejut bila melihat hari sudah siang. Sudah cerah. Pada hematku yang kurang cerdik ini, kalau waktu Indonesia itu lewat sejam tentu sahaja peredaran waktu malam ke siangnya juga lebih lambat. Pukul 8.30 pagi kami bergerak mengelilingi Jakarta. Ke Masjid Istiqlal, Ke MONAS, melewati Istana, ke muzium dan akhirnya ke Taman Mini Jakarta yang mengump...