Skip to main content

Korean Movie : The Weird Missing Case of Mr. J

Cerita ringan yang banyak gelak ketawa. Dalam bengkak-bengkak mata dan muka, aku layankan cerita kelakar lakonan aktor penuh karisma iaitu Lee Beom Soo.





Ia mengisahkan berkenaan seorang 'fund manager' yang bernama Jeong Seung Pil a.k.a Mr.J yang tetiba hilang. Tunangnya telah melaporkan kepada pihak polis apabila lelaki itu tidak kembali ke kereta setelah keluar membeli rokok.

Polis mula menjalankan siasatan dan kes tersebut menjadi bahan berita negara kerana Mr. J menguruskan dana yang berjumlah 50bilion.  Pekerja kedai serbaneka di mana Mr. J membeli rokok telah mereka cerita yang berlebihan. Salah seorang daripada polis tersebut menuduh tunang Mr. J yang menyebabkan kehilangannya kerana seminggu sebelum itu tunang lelaki itu telah mengeluarkan duit insurannya (?). Namun, tanpa bukti yang kukuh mereka tidak boleh mendakwa tunang lelaki tersebut. Kemudian, mereka mula menahan orang-orang yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan tersebut.

Dalam pada itu, Mr. J rupanya terperangkap di dalam tandas di bangunan yang mahu dirobohkan kerana pemilik bangunan tersebut tanpa sedar telah mengunci  pintu tandas. Pelbagai cara dilakukan oleh Mr. J untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya.


Part 1.




Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat