Skip to main content

Menakutkan dan Menyedihkan!

Aku tidak tahu bagaimana untuk memahami karenah manusia yang pelbagai. Yang pada aku terlalu tidak dapat diterima akal. Apa yang aku faham, setiap manusia ada sifat dan sikap tersendiri tetapi yang aku tidak faham sifat dan sikap yang keterlaluan sehinggakan mendatangkan masalah pada orang lain.

Hidup suami isteri perlu kenal erti toleransi. Perlu kenal erti tanggungjawab. Tidak kisahlah umur anda itu berapa puluh tahun sekalipun. Bila ijab dan kabul termeterai, akujanji terlaksana. Bercakaplah dan bertindaklah seperti anda seorang isteri mahupun suami. Tapi entah, kenapa ada yang masih tidak mahu cuba memahami! 

------------------------

Hidup adik beradik juga perlu toleransi. Bila sama-sama besar buanglah sikap iri hati, pentingkan diri. Yang dah berkahwin tunjuklah teladan terbaik untuk anak-anak. Jangan awak perangai mengalahkan budak-budak. Sedih, si adik yang terpaksa tanggung derita kerana sikap si kakak dan abang. Umur belum mencecah angka 30 sudah terpaksa menjadi janda, ikatan tak sampai setengah tahun terpaksa terlerai! Siapa mahu tahan ada ipar yang seperti itu?! Siapa mahu tahan kalau setiap saat diganggu? Kali ini, si adik dirisik lagi... aduhai perangai sama kalian tunjukkan lagi. Sampai matikah adik itu terpaksa menanggung derita kerana kamu? 

Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat