Skip to main content

Jodoh.

Sabtu dan Ahad hari tu aku berada di Kampung Sertik, Bentong. Menghadiri majlis pernikahan sepupu aku. Ia sekadar majlis meraikan yang dihadiri saudara-mara terdekat dan jiran-jiran terdekat sahaja. Tiada paluan kompang, khemah pengantin, majlis beradab dan sebagainya. Ini merupakan perkahwinan keduanya. Alhamdulillah, orang kata dah jodoh. Aku berharap perkahwinan ini menghadirkan bahagia untuk dia dan menjadikan dia manusia yang lebih matang. Semoga suaminya itu mampu menjaga dan memberikan kebahagaian dunia dan akhirat serta menjadi ayah kepada anak-anaknya.

Minggu sebelumnya kawan aku juga bernikah tetapi aku tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Ia juga merupakan perkahwinan keduanya. Mendengar berita bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan neneknya buat kali kedua perasaan aku bercampur baur. Terkejut sudah pasti. Kurang bersetuju juga ya. Tetapi dalam semua rasa itu, aku turut rasa gembira. Doaku moga tiada derita buat kali ke-dua dan si dia yang memegang amanah seorang suami tidak dayus dalam tanggungjawab dan menerima kehadiran si kecil comel itu.

Mungkin satu kebetulan juga. Tahun ini aku 'dihidangkan' dengan kisah pernikahan kali ke dua. Pada cuti Raya Haji hari itu juga seorang sepupuku sebelah ayah telah mendirikan rumah tangga untuk kedua. Semalam sebelum kembali ke Damansara sempat aku singgah di rumah keluarganya yang terletak selang beberapa buah rumah dari rumah sepupuku sebelah emak. Kami sebaya tetapi dia bongsu dan aku anak sulung. Orangnya lemah-lembut kerana itu dia bukan jenis suka melawan dan mungkin juga kerana dia bongsu. Perkahwinan pertama yang tidak sampai beberapa bulan berakhir kerana campur tangan si kakak dan abang yang 'pandai'. Ada sahaja yang tidak kena. Dan aku berharap perkahwinan ke dua ini tidak akan menjadi seperti yang pertama. Moga si kakak tidak terus terlebih campur tangan dalam urusan rumah tangga si adik. Dan moga bahagia itu milik si cantik manis itu!

Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat