Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

[JEPUN] The Last Chance : Diary of Comedians

Filem ini mengisahkan kehidupan dua orang pelawak yang tidak popular dikenali dengan nama 'Boso Swimmer'. Mereka telah bekerjasama selama 12 tahun tetapi masih tidak menampakkan perjalanan karier yang cemerlang. Atsushi Ito yang membawakan watak Yohei Tanaka merupakan penulis skit untuk Boso Swimmer. Bersama Keisuke Kode yang membawakan watak Koji Komoto, mereka nekad untuk kembali menjadi pelawak yang terkenal. Komoto mencadangkan mereka mula menulis diari kepada diri mereka berdua secara bergilir-gilir menggunakan sebuah buku nota. Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk memasuki pertandingan lawak dan mereka berjaya sehingga ke separuh akhir. Tetapi malangnya mereka gagal kerana Komoto seperti yang telah berlaku beberapa tahun sebelum ini gagal mengingati dialognya. Ini membuatkan Komoto mengambil keputusan untuk membubarkan 'Boso Swimmer' walaupun Tanaka tidak bersetuju. Untuk kali terakhirnya sebagai duo Boso Swimmer mereka membuat persembahan di kawa