Skip to main content

[JEPUN] The Last Chance : Diary of Comedians



Filem ini mengisahkan kehidupan dua orang pelawak yang tidak popular dikenali dengan nama 'Boso Swimmer'. Mereka telah bekerjasama selama 12 tahun tetapi masih tidak menampakkan perjalanan karier yang cemerlang.

Atsushi Ito yang membawakan watak Yohei Tanaka merupakan penulis skit untuk Boso Swimmer. Bersama Keisuke Kode yang membawakan watak Koji Komoto, mereka nekad untuk kembali menjadi pelawak yang terkenal. Komoto mencadangkan mereka mula menulis diari kepada diri mereka berdua secara bergilir-gilir menggunakan sebuah buku nota.

Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk memasuki pertandingan lawak dan mereka berjaya sehingga ke separuh akhir. Tetapi malangnya mereka gagal kerana Komoto seperti yang telah berlaku beberapa tahun sebelum ini gagal mengingati dialognya. Ini membuatkan Komoto mengambil keputusan untuk membubarkan 'Boso Swimmer' walaupun Tanaka tidak bersetuju.

Untuk kali terakhirnya sebagai duo Boso Swimmer mereka membuat persembahan di kawasan taman di mana merupakan tempat mereka bertemu untuk mencari idea persembahan.

Setahun kemudian, Komoto yang kembali ke Jepun melihat Tanaka telah berpasangan dengan salah seorang pelawak lain untuk membuat persembahan komedi dan gabungan pasangan baru itu telah membuatkan mereka terkenal. Komoto membuat keputusan untuk menulis diari terakhir untuk Tanaka tetapi tidak berniat untuk menyerahkan kepada Tanaka.

17 tahun kemudian, seorang gadis yang memperkenalkan diri sebagai anak kepada Komoto menyerahkan diari tersebut kepada Tanaka. Gadis itu turut memberitahu bahawa Komoto menghidapi kanser. Tulisan terakhir Komoto menceritakan mengapa dia mengambil keputusan untuk membubarkan Boso Swimmer. Namun begiti Tanaka telah mengetahui lebih awal cerita sebenar daripada bos mereka dan kerana itu Tanaka begitu kecewa dengan Komoto.


*******

Filem yang cukup menarik kerana selama ini aku melihat kebanyakan filem Jepun terlalu sukar difahami maksudnya, aksi seksual yang langsung tidak aku fahami keperluannya dan kepelikan akan kisah yang cuba disampaikan. Filem ini santai pada mulanya, tentulah punya unsur komedi tetapi ia penuh dengan erti persahabatan. Dan, di akhir-akhir cerita aku menjadi cukup emosi. Aku menangis, bukan setakat menangis keluar air mata tetapi sampai teresak-esak. Sehinggakan aku perlu tenangkan diri sendiri! ^_^


Filem ini boleh ditonton di goodrama.net .

Comments

Popular posts from this blog

SODA BIKARBONAT + SABUN CUCI PINGGAN LAWAN PERIUK BELANGA

gambo dari blog ni <<,>>> Untuk hilangkan kesan hangit, melekat dan sewaktu dengannya anda hanya perlukan :_ dan tak kisahlah jenama apa... cecair ke tak, pun boleh guna Cara-caranya. 1. Masukkan sesudu besar soda bikarbonat, sabun pencuci pinggan dan air ke dalam periuk. 2. Lepas tu letak periuk belanga tu atas api bagi mendidih dan lepas tu tutup. Buang air panas tu & cepat-cepatlah tonyok dengan span basuh pinggan ataupun senduk nasi yang plastik tu. 3. Hasilnya... periuk anda yang ada kesan kerak nasi, sambal hangus yang degil nak hilang tu sekarang ni kembali lawa...  Aku dah cuba sebab hari tu buat sup guna rice cooker lepas tu letak telur. Lupa pulak kuah supnya sikit, jadinya telur terus mendap ke bawah melekat kat periuk nasi tu. Rendam dua tiga hari tak hilang, rendam dengan air panas pun sama degil. Akhirnya ternampak cara-cara camne nak buat kat facebook. Balik kerja terus buat dan memang berhasil betul aku ikut cara tu! Sel

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni. Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!! Nasi Kanji versi terlebih pekat. Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^ Bahan-bahan :- Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.