Skip to main content

Kepercayaan dan Keyakinan.

Kepercayaan.

Dalam sedih mendengar berita tentang hidup kawan-kawan, terselit sedikit gembira. Gembira kerana aku menjadi kepercayaan untuk 'memegang' rahsia sedih mereka.

Kata seorang kakak yang aku berkongsi bilik ketika  'team building'  kelmarin, aku nampak tidak terkejut dengan 'berita' yang mengejutkan bagi keluarga dan rakan-rakannya. Aku senyum. Jawapan aku mudah, aku sudah terbiasa mendengar berita mengejutkan itu. Berita yang sama. Dan mungkin tidak keterlaluan, sebelum empunya diri bercerita aku terlebih dahulu dapat menangkap. Cuma sekadar bermain difikiran yang akhirnya diceritakan tanpa perlu aku tanya. Pinta aku, moga mereka yang melalui detik duka/luka itu bangkit dan mengapai bahagia satu hari nanti. 


Keyakinan

Aku tidak yakin. Aku jadi yakin kerana orang lain yakin. Mungkin itu adalah aku. Aku menjadi  pengikut kepada keyakinan orang lain. Keyakinan yang ada cuma 50%,  50% lagi datangnya dari orang sekeliling. Orang lain buat kenapa tidak aku?!


Tapi debarnya usah cakap. Baru melangkah naik tangga tu dah bergetar kaki tapi nasib baiklah berjaya jugak panjat tiang kayu tu. Tapi sebenarnya tak boleh pengang tali yang 'ikat' dekat badan tu. Kena berdiri dan depakan tangan tapi kumpulan kami semua bo layan jer arahan instructor  tu! Haha...

 Waktu rakit nilah kegemaran aku. Walaupun tak tahu berenang, life jacket ada. Walaupun tak berapa yakin, aku yakinkan juga dengan hasil usaha kami membina rakit buluh dan tong.




Dan sebenarnya inilah sumber inspirasi kami. Dia boleh, kenapa tidak kami? 


Comments

Popular posts from this blog

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya. Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap. Zahratul Ardiah Binti Ismail. Moga kau dicucuri rahmatNYA.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.  ...

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang Bila aku sudah malas nak bersuara Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku! Aku penat! Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia? Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja? Malah dia lebih teruk? Aku dah penat Penat sangat