Salam semua…
Harap maaf andai sampai saat ini MN masih tidak dapat update Rahsia Rindu seperti dijanjikan. Bila ditinggalkan terlalu lama idea sedikit terbatas. Mau suntik diri dengan Umaira dan Mukhris kembali ke dalam diri juga payah. Otak sudah sedikit tumpul mahu membina keperibadian Mukhris dan Umaira mengikut acuan 42 bab sebelum ini.
InsyaALLAH, tetapi MN tidak berjanji akan ada Rahsia Rindu dalam masa terdekat ini. Buat waktu ini, MN tertumpu kepada projek Aksara. Akan ada 1 cabaran bagi kesemua penulis Aksara sepanjang Oktober nanti. Kami di minta menghasilkan cerpen yang lain daripada kebiasaan. MN contohnya diminta menghasilkan cerita kanak-kanak berasaskan dongeng rakyat. Sungguh tertekan. Haih.. satu apa belum mula.
Jadi, sekali lagi MN mahu memohon maaf kepada semua pembaca Rahsia Rindu yang menungggu bab seterusnya.
Untuk Rahsia Rindu, MN jangkakan masih ada 2,3 bab lagi sebelum tamat tetapi itulah, otak MN ni susah untuk beroperasi menjana ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan.
Akhir sekali (dah macam surat dah ni!! :D) terima kasih MN ucapkan kepada semua pembaca yang sentiasa sudi membaca karya-karya MN sama ada anda baca sebagai silent reader atau meninggalkan jejak di komen, shoutmix malah laman FB MN. Terima kasih sekali lagi.
Salam,
Miss Nera a.k.a Nera Fatimah .
p.s: Kurangkan bahasa SMS di laman maya sama ada FB, Frienster, Myspace, Blog dan lain-lain! Jangan sampai ada orang tak faham / tersalah faham. Singkatan berpada-pada! – termasuk juga menambah ‘ew’ dibelakang perkataan (ingatan untuk diri sendiri dan anda juga!)
Comments
sy akn trus mnunggu smbungan cite rahsia rindu...
truskan usaha anda...
good luck...
terima kasih ya kerana sudi menunggu.