Hari ini dah masuk tiga tahun tujuh bulan aku bekerja di tempat yang sama. Dan... Dua tiga menjak ni aku mula rasa mahu cari kerja lain. Dalam banyak-banyak sebab aku nak cari kerja lain adalah kerana kebajikan yang tidak seberapa. MC tak boleh claim. Cuti tahun dari mula aku jadi pekerja tetap tiga tahun lepas sampai sekarang masih lagi sepuluh hari. Sedangkan orang lain setiap tahun bertambah bilangan cuti tahunnya. Aku? Sehari pun tak bertambah. Kemudian, sebab aku dah bosan kot dalam tiga tahun tujuh bulan ni buat kerja yang sama. Tempat aku kerja bukan ofis besar. Hanya ada 2 orang bos, 2 orang staf. Bos aku ni ejen PMB. Dia cuma jadi ejen unit amanah sahaja... yang insurans dia buat sipi-sipi je. Jadi bayangkanlah berapa banyak kerja yang aku boleh buat? Kemudian, alasan yang semakin membuatkan aku semakin mahu mencari kerja lain adalah rakan sekerja. Aku bukan mahu mengaibkan. Tapi pada usia dah masuk tiga puluh tahun, dah bekerja dekat dua tahun dekat sini masih ...